بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.....
Salam ceria kepada rakan2 semua....
Hari nie saya muncul dengan kek yg sedang meletopppp di FB kebabooommm.....Nak tau x kek apa????Jeng....jeng...jennnggggg!!!!!
Haaaa....tue diaaa... Kek Cheese Lava nama diberi.....huhu...
Kek nie lebih kurang Snow Cheese Kek la jugak...Cuma untuk kek lava tue cream cheese dia agak cair...sebab tue la dinamakan Lava bukan Larva hokeyyy!!!....Mehhh!!...kita jamu mata lagi....
yang nie rasa vanilla cuppucino
yang nie rasa strawberry
yang nie rasa pandan
Snow Cheese Kek...
yang nie bahagian dalam nyer
Pada sape2 yang rasa mcm malas nk buat meh ler order dgn saya yer.....Kalu ada kerajinan bleh la cuba resepi nie....Jom tengok resepi....
Snow Cheese Cake/Cheese Lava
Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan
Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.(Kalau untuk Lava kena campur 1/4 cawan susu cair)
Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.(Nie bergantung pada suhu oven korang jugak ehh)
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian terbalikkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat Mencuba yer.....
8 ulasan :
Klu nk rase coklat mcmne..kne tmbah srbuk koko ke...
letak coklat emulco
Yg dlm aluminium tu camne sis layer kn dia?
Minta tlg ajarkn?
N sis bakar or kukus?
Sy nk dia cntik nmpk meleleh cm dlm pic sis tu.hehehee
untuk krim cheese lava guna susu pekat + susu cair + cream cheese ke susu cair + cream cheese sahaja :)
Minta izin amik n cubo resepi yo
Awk jual x kek ni. Saya nk order.awk ada whatsup
Catat Ulasan