Terima Kasih Kepada Semua Sahabat Yang Sudi Melawat Blog Saya Yang Tidak Seberapa Ini .. Sedikit Sebanyak Kita Berkongsi Ilmu.. Mudah-mudahan Diberkati Ilahi.. Selamat Mencuba

Rabu, 30 Oktober 2013

Kek Snow Cheese @ Cheese Lava


                            بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.....

Salam ceria kepada rakan2 semua....



Hari nie saya muncul dengan kek yg sedang meletopppp di FB kebabooommm.....Nak tau x kek apa????Jeng....jeng...jennnggggg!!!!!



Haaaa....tue diaaa... Kek Cheese Lava nama diberi.....huhu...



HaiDa


 Kek nie lebih kurang Snow Cheese Kek la jugak...Cuma untuk kek lava tue cream cheese dia agak cair...sebab tue la dinamakan Lava bukan Larva hokeyyy!!!....Mehhh!!...kita jamu mata lagi....

yang nie rasa vanilla cuppucino



yang nie rasa strawberry


yang nie rasa pandan



Haaa......acaner????...sedap x nmpk....Mesti meleleh air liur korang kan....kekeke....Saya first time mkn dah jatuh cinta dgn nyer.....Nyummm...nyum....


Snow Cheese Kek...


Kek yang bulat kat atas tue pun lebih kurang sama jer resepi nyer....Beza nyer cuma dia x la melelehkan lava nyer....kekeke....


yang nie bahagian dalam nyer


Pada sape2 yang rasa mcm malas nk buat meh ler order dgn saya yer.....Kalu ada kerajinan bleh la cuba resepi nie....Jom tengok resepi....


Snow Cheese Cake/Cheese Lava

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis 
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.(Kalau untuk Lava kena campur 1/4 cawan susu cair)

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.(Nie bergantung pada suhu oven korang jugak ehh)
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian terbalikkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat Mencuba yer.....



Sabtu, 29 Jun 2013

Puteri Ayu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Assalamualikum dan selamat malam....hehe...

Sambil2 kita layan bola Kelantan vs Johor jom kita layan apa yg saya nak tayangkan nie....

haaa....tueee diaaa....


Mesti sume kenal kuih nie kan...Puteri Ayu nama diberi...haha...Memang kena sangat la nama dengan rupa dia kan...nak buat dia pun x la susah sangat kalau ikut step yang diberi dengan betul...Jom kita skodeng resepi nyer....

Resepi Puteri Ayu

2 biji telur Gred A
1 cawan gula icing
1 sdk overlete
(bahan nie mixer sampai putih)

2 cawan tepung gandum
1sdk baking powder
(bahan nie satukan)

1 cawan santan
sedikit pewarna n perasa kesukaan
(bahan nie satukan)

Setengah biji kelapa parut putih
1 sdk tepung ubi
sedikit garan halus
(gaul sume skali)

Cara2...
Mixer bahan di atas sampai putih gebu....kemudian guna senduk masukkan bahan tepung n santan berselang seli sampai habis....Guba kaedah KAUP BALIK yer....(p/s....jgn guna mixer untuk kacau tepung dan santan,nanti kuih jadi bantat)...Pas  tue bleh tuang dalam acuan yg dah dimasukkan kelapa tadi...Kukus selama 15 minit dengan api sederhana...(Sebelum tue panaskan air kukusan terlebih dahuhu)...Selamat mencuba...

nie acuan yang telah dimasukkan kelapa putih tue...


nie plak bahan yg telah dimixer sampai putih tue...

nie adunan yang dah siap....

dah masuk dalam acuan

dah masak...haaa....gebu engkoo...

SELAMAT MENCUBA YERRRR....





Khamis, 13 Jun 2013

Kek Coklat Moist


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum... 

Cak !.. semua, malam ni tak tahu mood tu datang dari mana tetiba jer terajin lah pulak nak menaip berkongsi resepi dengan kawan-kawan semua. Pernah jugak saya menerima tempahan, selalunya dari kawan-kawan yang terdekat dengan saya terutama teman sepejabat dengan saya suatu ketika dahulu....  



Baru angkat ni.. sebelum di topengkan..


Hasilnya setelah di bedah.. huhu comey tak ??
 
yang ini untuk makan sendiri sebenarnya. bukan untuk tempahan.

Alhamdulillah... ini lah di namakan rezeki, sedikit sebanyak dapat jugak lah untuk menambah pendapatan. Walaupun tak seberapa.. lepas untuk belanja sendiri.  


Touch Up sket... 


snap gambar dulu sebelum di hantar... (gatai...huhuhu)



Ok lah saya tak nak berceloteh panjang.. bagi mereka yang ingin mencubanya.. apa kata kita lihat resepi di bawah. Selamat Mencuba.....


KEK COKLAT MOIST

BAHAN-BAHAN


BAHAN A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B

3 biji telur Gred A
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(Ayak bahan-bahan bertanda*)

UNTUK TOPPING

sekeping coklatmasak
1/2 cawan susu cair
1 sdb butter/marjerin/cocobutter

(satukan semua didalam periuk,masak atas api perlahan hingga larut....Biar sejuk dan bleh dicurahkan atas kek yang telah sejuk)


CARA MEMBUATNYA

Satukan kesemua BAHAN A di dalam periuk,masak di atas api kecil,kacau hingga sebati,sejukkan
Pukul telur hingga kembang,masukkan BAHAN A tadi,pukul sebati
Masukkan bahan-bahan bertanda*,pukul lagi dengan speed perlahan sehingga sebati
Gris loyang dengan mentega/marjerin,tuang adunan ke dalam loyang
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana
dah tutup


Semperit Coklat Ku..



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum.. 

Haa... Kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi biskut yang boleh dikatakan glamor jugak dalam FB tahun lepas.. kirenyer ada ranking lah jugak.. biskut ni adik beradik laa dengan biskut semperit saya yang glamor tu.. 


Haa... amacam sama tak.. sama kan..!!!


Pada asalnya biskut ini hanya lah percubaan saja.. Walaupun pertama kali saya mencubanya Alhamdulillah ia menjadi dengan jayanya.  



Cantik tak...????
Oklah kepada sesiapa yang ingin mencuba silakan.. jom kita baca resepi di bawah ni..

Samperit Coklat

 125gm buttercup
1/2 cawan dadih gula icing
1/2 penutup esen vanilla
1/2 biji kuning telur
150gm tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum(guna cawan yg sama)
3 sudu penuh tepung jagung
1 sudu mkn serbuk koko
Jelly tip untuk hiasan


gaul butter dgn gula hingga sebati,masukkan telur dan esen vanilla,masukkan serbuk koko,tepung kastad,tepung gandum,tepung jagung(kalu adunan lembik ker apa ker,pandai2 adjust yer)...bakar selama 15-20 minit mengikut oven masing2....suhu saya main agak jer yer sebab guna oven yg letak atas dapur tue(Butterfly)...Selamat mencuba!!! 

Swiss Jelly


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum....Hai kawan2...

Huhu....mood tengah rajin nak edit blog nie... Ermm... Di fb sekarang ni tengok ramai yang dah demam biskut raya... Rata kawan2 semuanyer tengah mencuba bermacam2 biskut... Meriah wehhh!!!.... Macam dah tak sabar plak nak raya.... hahaha... Ok... untuk kali nie saya nak perkenalkan biskut yang saya buat pada tahun lepas.... Cuma baru hari nie saya nak edit....huhuhu..




dah mcm serban  pun ada...hahaha


Biskut nie saya namakan dia Swiss Jelly.... Padan la kan dengan bentuk dia yang berpusing2 tue dan ada jelly plak kat atas dia tue.... Berseri jer.... hehe... Rasa dia pada saya bleh tahan sedap la sebab ada campuran susu tepung tu,so dia rasa macam lemak2 manis.... Kalu kawan2 tak  percaya cuba try dulu.... Baru tau macamana rasa dia....Tak rugi mencuba kan.... hehehe...




berseri2 gituuu...


Actually biskut nie saya tak jual tau.... Cuma untuk simpanan & makan2 sendiri jer... Untuk tempahan rasanyer tak  terbuat kot sebab 3 jenis kuih saya yang sebelum nie saya jual pun dah tak menang tangan nak buat .... So pada sape2 yang nak mencuba bleh tengok resepi dibawah yer....Jom!!!!....


Resepi Swiss Jelly

1 ketul butter (250g)

90 g gula halus
120 g tpng jgng
250 g tpng gndm (elok goreng n ayak)
1 sudu susu tpng
vanilin (vanila dlm bentuk serbuk)

Gaul butter dan gula sebati,masukkan serbuk vanillin,masukkan tepung,last masuk susu tepung....Gaul sebati,tekan membulat mcm biasa...Selamat mencuba yer

Ikan Patin Masak Tempoyak



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamaulaikum semua...

Hai..semua.. salam sejahtera buat rakan-rakan semua, Hari saya nak kongsi sesuatu yang di luar dari kebiasaan. Asyik post kuih jer.. kali ni lain lah sikit kan... pelbagaikan lah katakan.. huhuhu

Tuan empunya gambar.. minta izin yer gunakan gambar ini..

Bila tengok jer gambar ni pastinya rakan-rakan yang berasal dari pahang terutamanya pasti amat arif sangat tentang ikan ni kan terutama yang berasal dari Temerloh & daerah-daerah yang berhampiran ( jerantut, Lipis, Raub Maran, Bera, Pekan ) so memang dah tahu nak masak apa ikan ni.. ( kebiasaannya ) En suami adalah pengemar tegar ikan ni dan hari ini saya pun turut sama terjebak sebagai pengemar tegar ikan patin ( terkena badi En Suami )


Ini lah hasil dari didikan En Suami.. amacam ok tak ??


Sebenarnya saya ada kisah pasal ikan ni, secara jujurnya saya tak begitu mengenali spesis ikan sehinggalah saya bertemu dengan seorang jejaka ( En suami ) dia lah memperkenalkan spesis ikan pada saya. Pada mulanya saya agak bengang jugak dengan dia. Tak habis2 ikan patin..ikan patin.. pernah sekali dia balik kampung ( semasa tu kami baru bertunang & dia bekerja di penang masa tu ) dia bagi saya ikan ni. " Haduss..aku nak masak apa ikan ni,) sudahnya saya goreng jer. Hingga lah satu hari tu ( di rumah abg di subang Jaya ) Dia memperkenalkan gulai ikan patin masak tempoyak, menurut kata en suami ada sesetengah tengah tempat menamakan ikan patin masak asam tempoyak ( lebih kurang lah tu kan ).. masa tu saya cuma rasa jer tapi abang dengan kakak ipar makan sungguh sampai bertambah nasi diorang kerjakan. Wah ! best nampak. Dan nak di jadikan cerita, selepas kahwin ( masa tu tengah mengandung ) En suami bawa saya balik Jengka ( Rumah Mentua ) dalam perjalanan balik ke Kedah saya berbisik pada suami. Nak makan ikan patin. sewaktu tu kami dari Bandar Temerloh dah nak masuk highway dah.. Dengan rasa bertanggungjawapnya En suami Pusing stereng kereta patah balik semula ke Bandar Temerloh. Sejak dari itu saya Pengemar ikan patin masak tempoyak terutama bahagian kepala.. nyum..nyum...nyum... dari tak reti nak ratah kepala tu..ler ni habis...tiada meninggalkan sisa sedikit pun yang tinggal hanya tulang belulangnya sahaja.. ( Dahsyat ko.. ) nak pulak kalau en suami belasah kepala ikan patin tak tinggalkan seketul untuk saya.. memang tarik muka lah jawapan..Itu lah penangan ikan patin pada ku.. Dan Hari ini saya dah pandai masak sendiri setelah menuntut ilmu dari en suami..( My Sifoo ) setakat ini saya tidak pernah lagi rasa ikan patin original segar dari sungai..  kata en suami lari bajet oo...selalu beli ikan patin sangkar.menurutnya patin sangkar isinya rasa lebih enak dan lembut berbanding patin kolam. Rasanya pun berbeza.... jom kita lihat apa Resepi yang saya gunakan.. Bagi rakan-rakan pahang deme memang dah tahu dah kan.. yang tak tahu lagi.. yok kita tengok...


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Ikan Patin
( of couse laa takkan ikan lain pulakkan)
Tempoyak ( Wajib ada ) 
Cili padi ( mengikut selera anda)
Kunyit Hidup @ Serbuk Kunyit
Daun Kunyit ( tak der pun tak per )
Daun Kesum ( Wajib ada ni ) 
Bunga Kantan ( eksesori jer.. ada lagi sedap tak de pun tak per ada sesetengah orang lebih suka meletakkan     timun @ timur air terpulang pada selera masing2) 
Garam ( ikut rasa ) 
Sedikit Minyak ( untuk menumis ) 
Air ( ikut suka anda ) 

mula-mula tumbuk cili api bersama kunyit hidup.. tumbuk sampai lumat tau.. selepas itu tuangkan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan tempoyak berserta cili api+kunyit hidup tadi. Tempoyak mengikut selera masing-masing *pssst.. lagi banyak lagi sedap tau..  Tumis sehingga nampak garing ( macamana nak citer yerk.. nampak tempoyak tu seolah-olah jadi kenyal.. lebih kurang gitu lah ). Kemudian masukkan air.. sebolehnya air tidaklah terlalu banyak bimbang kuah akan jadi terlalu cair.. agak-agak ikan boleh tenggelam sudah.. Selepas tu anda boleh masukkan apa saja bahan yang masih tertinggal bubuh semua sekaligus tak per termasuk ikan tapi bagi saya, saya lebih suka masukkan ikan kemudian setelah air menggelegak sebabnya saya tak suka ikan di masak terlalu lama kerana takut ikan akan jadi hancur.. tak hilang selera nak makan.. tunggu laa sampai masak.. sebelum tu rasa lah kuah dulu.. kot2 laa kurang masam.. kurang masin.. boleh tambah garam.. kurang masam boleh masukkan asam keping dalam sekeping dua mengikut citarasa kemasaman anda... dah siap boleh lah di hidangkan bersama nasi panasa... nyumm..nyum..nyum.. kecur air liur weiii.... 

*sedikit tips.. Untuk menghilangkan rasa hanyir dan bau lumpur ikan.. selepas ikan di bilas.. anda boleh gunakan perahan limau nipis ataupun limau kasturi.. lumurkan keseluruh bahagian ikan.. kemudian perapkan seketika.. jangan lama sangat nanti isi ikan masak plak.. lepas tu bilas dengan air, Insyallah bau hanyir dan rasa lumpur akan hilang.


Rabu, 12 Jun 2013

Acuan Tembaga Koleksiku

  

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






Assalamualaikum...  


Hai kawan2...Kat sini saya ada letak beberapa acuan tembaga untuk rujukan kawan2 yer...


yang nie untuk Samperit @ Dahlia



Kalau guna acuan tembaga, biskut kita akan nampak lebih cantik hasil nyer...Tapi kalu dah tak der,guna acuan plastik pun boleee... ( janji boleh buat ) hehehe



yang nie acuan untuk Untaian/Biskut Landak



Harga untuk acuan tembaga nie pun bole tahan jugak berbanding dengan acuan plastik tue....Sebab tue hasil dia lebih cantik...



yang nie untuk tart gulung...


So,lepas nie kalu kawan2 nak tengok acuan yang saya guna bleh la tengok kat sini yer...Sedikit sebanyak untuk rujukan kawan2 semua....Sekiannnn!!!!....






Tart Gulung


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Haiii.... Mood rajin dipagi hari nak mengedit blog....h ahaha.... Jom2 tengok apa yang saya nak edit nie.....





yang nie belum masak


Haaa.... Tart gulung plak.... Saya yakin mesti ramai yang meminati tart gulung nie.... Tambahan plak ada jem nenas lagi kat dalam nyer kan... ( Nama pun Tar Nenaskan ) Jangan kata orang lain, saya sendiri pun adalah salah seorang peminat nyer.... ( Tahap Mania )  huahuahua....



yang nie dah siap bakar



Terasa la kenikmatan nyer bila makan tart gulung nie... Saya lebih suka jenis tart gulung yang doh nyer gebu bila dimakan....





yang nie dah siap masuk balang



Inti plak saya lebih suka yang buat sendiri... Pernah sekali saya beli yang dah siap di kedai bakery, sekali makan .... errrgghhhh yeeerrkkk.... makkk aiiii.... masam giler.... Tak tau lah apa benda yang dia letak... Tahap kemasaman dia lain macam jer rasa.... Tak mungkin nenas semasam tue kan.... huhuhu...



homemade ok....hehehe...


Macam biasa....Pada sape2 yang teringin nak merasa meh order dengan saya.... Bleh pm di FB (HaiDa RifQi) atau hubungi di no.012-5798517.... Insyaallah puas hati... Jom order laju2.... Untuk resepi bleh tengok kat bawah yer... 


Resepi Jem Nenas


3 biji nenas saiz besar

4 cawan gula pasir
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning

(parut nenas,tapis buang sedikit air,masuk sume bahan dan kacau sampai kering)



Resepi Doh


250g Buttercup

1 biji kuning telur
sedikit esen vanilla
1 sudu makan gula icing
secubit garam
Tepung gandum ( yang nie x der sukatan yer....masukkan hingga rasa doh tue selesa ditekan....jangan terlalu keras )

Gaul butter bersama gula dan sedikit garam,masukkan telur,esen vanilla,kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh....Selamat mencuba!!!!!

Selasa, 11 Jun 2013

Untaian (Biskut Landak)




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Assalamualaikum...

Haa...Hari ini ada satu lagi biskut yang saya boleh dikatakan meletopppsss kebabommm dalam fb nun...Orang cakap nama dia biskut Untaian,tapi saya letak nama Biskut Landak.... Tak pasal2 landak jugak yg dapat nama.... Famous jap dia kan....kehkehkeh... Ok... rasa biskut nie walllaaaweehhh memang sedap dan rata2 customer yang dah beli akan cakap rasa dia mcm susu... Memang sesuai la dengan color dia kan yg putih gebu tue.... Dah tak payah berceloteh banyak.... Jom kita tengok....




sipa dalam perbarisan...hehe


Unik kan bentuk dia.... setengah orang cakap geli nak makan.... hahaha.... Memang satu kerugian tau kalau sesiape yang tak merasainya.. Biasa orang buat diorang akan meletak hiasan coklat chip,tapi bagi saya inginkan sentuhan yang lain ckit dari yang lain... saya letak hiasan bintang2 plak...Meriah lah sket siap bercolor2 lagi... Cantik kan?? ??....




Woww....merah nyer mata dia..


Haaa...Tengok yang atas nie... saya cuba mempelbagaikan hiasan dengan meletakkan jelly tips plak. Lagi naik seri warna nyer kan...kan.. Ikut la kreativiti korang kalau nak letak apa pun.... Kita yang buat dia kan... hehe...



uuhhh!!!....seksi siottt...pakat2 menonggeng tue...


Ok....Pada sape2 yang ingin membuat tempahan macam biasa la,bleh hubungi saya di No 0125798517 atau pm jer kat fb saya (HaiDa RifQi)... Pada yang nak mencuba sendiri bleh la ikut resepi dibawah yer....

Resepi Untaian/Biskut Landak


1 ketul butter 250g
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung jagung(utk rangup kalu untuk gebu 2 cwn tepung jagung)
3 cwn tepung gandum....
cara adun sama jer mcm samperit.....tapi rasa yang berbeza....selamat mencuba!!!


Samperit Comelku



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Assalamualaikum semua....

Hari nie dah masuk 2 Syabban & tak lama lagi kita semua umat islam akan menjalani ibadah puasa... Erm... kat Fb tue dah demam kuih raya nampak gaya nyer.... Semua kawan2 asyik dok post gambar kuih raya jer.... Meriah giler...Psstt!!... Saya pun nak cite pasal kuih saya jugak yang pernah menjadi bualan ramai kat Fb tue.... sambutan sememangnya di luar jangkaan, ( Glamor lah sat dah macam artis popular ) Jom tengok....




comel x???

Haaa.... kalau tengok samperit yang 3 ketul nie mesti orang akan kenal siapa tuan empuya dia.... Tidak lain & Tidak bukan Mesti la saya kan... Cewahhh!!!... Samperit nie mula terkenal masa tahun lepas... Niat saya pada mulanya saje jer nak share resepi dalam 1 group tue.... Tak taulah  pulak mendapat sambutan hangat sampai ada yang nak order.... Mungkin jugak dorang teruja dengan bentuk dia yang comel & bunganya yang tak jatuh tue.... Pada mulanyer takut jugak nak jual kat orang, takut tak kena dengan citarasa orang... Tapi Alhamdulillah.... Rata2 yang merasa samperit saya nie semuanyer menunjukkan feedback yang baik la....Thanks pada rakan2  fb yang banyak memberi dorongan pada saya untuk memula perniagaanmenjual samperit nie... Raya tahun lepas, saya pun cuba berbusines dengan samperit saya nie...Alhamdulillah memang sambutan begitu menggalakkan.... malah masih ada yang ingin menempah di saat-saat akhir, ada yang saya terima ada yang saya terpaksa menolak kerana sudah kesuntukkan untuk persiapan raya. ( asyik buat kuih jer..sampai persiapan raya pun terpaksa buat last-last minit dekat nak raya ) Tahun nie rasanyer permintaan mungkin akan makin bertambah.... Sebab tue la saya dah mula membuat persiapan dengan upgread cikit menukar oven antik kepada oven yang baru dan basau  ckit... hehe.... ( cuak jugak..bimbang permintaan tak dapat nak di penuhi )




bunga2 mekar kan???


Ok....Pada sape2 yang nak mencuba samperit saya nie bleh la order yer... Boleh hubungi saya di talian 0125798517 atau tinggalkan pesan mesej di fb pun boleh (HaiDa RifQi)....



yang nie dah siap bakar...bunga masih steady...huhu



dah masuk dalam bekas....


Ok...Pada sape2 yang nak mencuba resepi nie pun bole jugak.... Jemput lihat resepi dibawah yer...

Resepi Samperit HaiDa RifQi


250 gram butter
50 gram gula aising
1 penutup esen vanilla
1 peket tepung kastard cap bunga merah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kfc telur kuning

Gaul butter dan gula hingga sebati,masukkan telur, esen vanilla,tepung kastard,pas tue tepung jagung...sedikit ceri untuk hiasan...


Mudah jer kan respi dia....Selamat mencuba yer kawan2.....