Terima Kasih Kepada Semua Sahabat Yang Sudi Melawat Blog Saya Yang Tidak Seberapa Ini .. Sedikit Sebanyak Kita Berkongsi Ilmu.. Mudah-mudahan Diberkati Ilahi.. Selamat Mencuba

Khamis, 13 Jun 2013

Semperit Coklat Ku..



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum.. 

Haa... Kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi biskut yang boleh dikatakan glamor jugak dalam FB tahun lepas.. kirenyer ada ranking lah jugak.. biskut ni adik beradik laa dengan biskut semperit saya yang glamor tu.. 


Haa... amacam sama tak.. sama kan..!!!


Pada asalnya biskut ini hanya lah percubaan saja.. Walaupun pertama kali saya mencubanya Alhamdulillah ia menjadi dengan jayanya.  



Cantik tak...????
Oklah kepada sesiapa yang ingin mencuba silakan.. jom kita baca resepi di bawah ni..

Samperit Coklat

 125gm buttercup
1/2 cawan dadih gula icing
1/2 penutup esen vanilla
1/2 biji kuning telur
150gm tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum(guna cawan yg sama)
3 sudu penuh tepung jagung
1 sudu mkn serbuk koko
Jelly tip untuk hiasan


gaul butter dgn gula hingga sebati,masukkan telur dan esen vanilla,masukkan serbuk koko,tepung kastad,tepung gandum,tepung jagung(kalu adunan lembik ker apa ker,pandai2 adjust yer)...bakar selama 15-20 minit mengikut oven masing2....suhu saya main agak jer yer sebab guna oven yg letak atas dapur tue(Butterfly)...Selamat mencuba!!! 

Tiada ulasan :