Terima Kasih Kepada Semua Sahabat Yang Sudi Melawat Blog Saya Yang Tidak Seberapa Ini .. Sedikit Sebanyak Kita Berkongsi Ilmu.. Mudah-mudahan Diberkati Ilahi.. Selamat Mencuba

Rabu, 5 Jun 2013

Al- Kisahnya...







بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Hai ! Semua. bertemu lagi kita, Hari ini saya nak bercerita serba sedikit tentang minat saya dalam bidang masakan ni, Hmm.. macamana saya nak mulakan dulu yer, Terus terang saya katakan saya ni kurang arif dalam bidang penulisan ni. Jadi saya cubalah mengatalkan tangan cuba-cuba untuk terjebak dalam penulisan blog ni. Buat permulaan ni saya akan kongsi dengan semua orang bagaimana minat dalam bidang memasak ni  timbul. Al-kisahnya perkara ni sememang kita sudah pun di asuh oleh siapa lagi kalau tak lain tak bukan mak kita sendiri, " Esok hang kahwin, tak reti masak hang nak bagi laki hang nak makan apa, pi ghumah mak mentua hang tak kan nak duk saja" haa.. pasti ayat tu biasa kita dengarkan masa kita mula meningkat ke alam remaja. Betul tak ?? .. jadi di situ lah mulanya.. itu lah al-kisahnya.

Bila kita dah pandai masak maka secara tak sengaja minat tu datang sendiri, Akan terasa selalu ingin mencuba dan terus mencuba hinggalah kita berpuashati . Sebenarnya semua orang tak pandai memasak. Tak semua orang ada kelebihan bakat terpendam semula jadi pandai memasak.  " Kak, saya ni tak reti lah nak buat" " Kak, saya ni memang tak de bakat nak buat ni" "Kak, saya tak pandai lah nak masak tu.. nak masak ni .."  Alahai.. ciannya.. selalunya itu lah yang akan terkeluar dari mulut kita atau pun selalu kita dengar, Betul tak ?, sebenarnya kita kena berani mencuba, kena cuba buat, Peringkat awal sememangnya kita akan fail.. tapi biasa lah tu. mana ada orang tak pandai buat bila buat terus jadi kan.. melainkan nasib dia baik kalau jadi, tapi kita kena berani mencuba dan terus mencuba, lama kelamaan kemahiran tu datang sendiri sebab hari-hari kita praktikkan.  tak percaya.. cuba lah.. pasti boleh punya. begitu lah saya pada peringkat awalnya. Ayuh.. kita mencuba.. tak salah untuk mencuba.


Inilah oven yang pertama saya gunakan


Alhamdulillah, rezeki itu datangnya dari tuhan. Berkat dari hasil cuba dan terus mencuba tuhan telah bukakan  pintu rezeki buat saya. Pada peringkat awalnya saya ada terima tempahan hanya dari teman-teman satu pejabat dan kenalan rapat sahaja. Itu pun hanya sekadar saja suka-suka, tapi masa tu saya buat kek coklat. boleh laa sikit-sikit, lepas laa duit tambang bas nak ulang alik pergi kerja masa tu.. itu pun  jarang sangat dapat tempahan. Bila ada kawan-kawan satu opis nak baru saya buat. Nampak tak rugikan bila berani mencuba, Lepas saya kahwin dan pindah ikut suami tinggal di Kuantan. Haa.. bermula kisah sebenar.. jeng..jeng..jeng... ( suspen lah sangat ko )


Naik taraf sikit ( nampak tak siap post semperit lagi tu.. )

Bila suami pergi kerja, Tinggal daku kesunyian di temani hero junior ku di rumah.. maka timbullah rasa bosan tahap gaban melanda. Jadi bila dah bosan ni mestilah dalam kepala ni terfikir nak buat macam-macam untuk mengisi kesunyian itu. Macam-macam resepi saya cuba buat. Ada yang saya ambil dari internet. ada yang saya kongsi dengan rakan2 Fb. Kebetulan ada satu hari tu  suami saya bawa saya berjumpa dengan kawannya yang tinggal di Bandar Muazam Shah. ( Kawan suami satu sekolah dulu ), dia ni ada buka kedai kek di Bandar Muazam, ( orang muazam mesti tau kedai tu rasanya dua buah jer kedai kek di sana kalau tak silap.. kedai yang mula-mula buka)  Dia lah pencetus semangat saya. dia siap pesan pada suami. " Apa bini ko suka nak buat. ko biorkan aje, " hahaha.. makin bertambah semangat saya di buatnya. Alhamdulillah suami pun izinkan, ( alah kita masak bukan untuk orang lain. untuk dia jugakkan) Asalnya memang tak ada  niat untuk berniaga pun. Selalunya bila saya mencuba satu-satu resepi tu saya akan poskan dalam FB saya. hinggalah satu hari tu saya poskan sejenis biskut tu ( kuih semperit) resepi lama sememang boleh dikatakan setiap tahun saya buat kuih ni... WOW !!.. dia punya like.. sungguh memberangsangkan. Memang meletop sampai rakan-rakan fb saya minta saya buatkan untuk mereka kerana mereka teringin merasanya. Pada mulanya takut juga nak bagi orang lain rasa. Maklumlah kita buat ikut citarasa kita jer. Bimbang orang tak suka, tapi bila di pujuk-pujuk.. rasa tak sampai hati pulak nak hampakan permintaannya pada masa tu. maka saya pun buatlah untuk dia. Alhamdulillah mereka suka sangat siap post dekat Fb mereka. maka.. sejak itu setiap hari saya menerima tempahan sampaikan saya takut tak sempat nak buat. Memang tak menang tangan.. tapi syukur tuhan nak bagi rezeki pada saya. 


Tahun ni upgrade sikit insyallah untuk memenuhi permintaan  rakan-rakan :-)

Tahun lepas Alhamdulillah atas permintaan rakan-rakan kuih semperit saya memang mendapat sambutan, Terima Kasih buat semua rakan-rakan kerana beri kata semangat buatkan saya berani untuk cuba berniaga sehingga kan masih ada yang oder last-last minit dekat-dekat nak raya. Tapi saya cuba juga untuk memenuhi permintaan tu.. dan maaf ada sesetengahnya saya terpaksa tolak kerana nak buat persiapan untuk raya lah pulak . Insyaallah untuk tahun ini saya akan cuba sekali lagi untuk memenuhi permintaan dari rakan-rakan. Pada sesiapa yang ingin menempah biskut semperit saya. Boleh lah buat tempahan sekarang. tapi bagi rakan-rakan yang duduk berjauhan di luar sekitar bandar kuantan. saya minta maaf saya tak berani nak poskan kuih tu bimbang bila tiba di tangan rakan-rakan.. yang tinggal hanyalah serbuk sahaja. Maafkan saya.   tapi yang tinggal di sekitar Temerloh dan jengka insyaallah saya akn pertimbangkan. ok.. itu saja dari saya buat masa ini.. kita jumpa lagi di lain masa..




Tiada ulasan :