بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamaulaikum semua...
Hai..semua.. salam sejahtera buat rakan-rakan semua, Hari saya nak kongsi sesuatu yang di luar dari kebiasaan. Asyik post kuih jer.. kali ni lain lah sikit kan... pelbagaikan lah katakan.. huhuhu
Tuan empunya gambar.. minta izin yer gunakan gambar ini.. |
Bila tengok jer gambar ni pastinya rakan-rakan yang berasal dari pahang terutamanya pasti amat arif sangat tentang ikan ni kan terutama yang berasal dari Temerloh & daerah-daerah yang berhampiran ( jerantut, Lipis, Raub Maran, Bera, Pekan ) so memang dah tahu nak masak apa ikan ni.. ( kebiasaannya ) En suami adalah pengemar tegar ikan ni dan hari ini saya pun turut sama terjebak sebagai pengemar tegar ikan patin ( terkena badi En Suami )
Ini lah hasil dari didikan En Suami.. amacam ok tak ?? |
Sebenarnya saya ada kisah pasal ikan ni, secara jujurnya saya tak begitu mengenali spesis ikan sehinggalah saya bertemu dengan seorang jejaka ( En suami ) dia lah memperkenalkan spesis ikan pada saya. Pada mulanya saya agak bengang jugak dengan dia. Tak habis2 ikan patin..ikan patin.. pernah sekali dia balik kampung ( semasa tu kami baru bertunang & dia bekerja di penang masa tu ) dia bagi saya ikan ni. " Haduss..aku nak masak apa ikan ni,) sudahnya saya goreng jer. Hingga lah satu hari tu ( di rumah abg di subang Jaya ) Dia memperkenalkan gulai ikan patin masak tempoyak, menurut kata en suami ada sesetengah tengah tempat menamakan ikan patin masak asam tempoyak ( lebih kurang lah tu kan ).. masa tu saya cuma rasa jer tapi abang dengan kakak ipar makan sungguh sampai bertambah nasi diorang kerjakan. Wah ! best nampak. Dan nak di jadikan cerita, selepas kahwin ( masa tu tengah mengandung ) En suami bawa saya balik Jengka ( Rumah Mentua ) dalam perjalanan balik ke Kedah saya berbisik pada suami. Nak makan ikan patin. sewaktu tu kami dari Bandar Temerloh dah nak masuk highway dah.. Dengan rasa bertanggungjawapnya En suami Pusing stereng kereta patah balik semula ke Bandar Temerloh. Sejak dari itu saya Pengemar ikan patin masak tempoyak terutama bahagian kepala.. nyum..nyum...nyum... dari tak reti nak ratah kepala tu..ler ni habis...tiada meninggalkan sisa sedikit pun yang tinggal hanya tulang belulangnya sahaja.. ( Dahsyat ko.. ) nak pulak kalau en suami belasah kepala ikan patin tak tinggalkan seketul untuk saya.. memang tarik muka lah jawapan..Itu lah penangan ikan patin pada ku.. Dan Hari ini saya dah pandai masak sendiri setelah menuntut ilmu dari en suami..( My Sifoo ) setakat ini saya tidak pernah lagi rasa ikan patin original segar dari sungai.. kata en suami lari bajet oo...selalu beli ikan patin sangkar.menurutnya patin sangkar isinya rasa lebih enak dan lembut berbanding patin kolam. Rasanya pun berbeza.... jom kita lihat apa Resepi yang saya gunakan.. Bagi rakan-rakan pahang deme memang dah tahu dah kan.. yang tak tahu lagi.. yok kita tengok...
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Ikan Patin
Tempoyak ( Wajib ada )
Cili padi ( mengikut selera anda)
Kunyit Hidup @ Serbuk Kunyit
Daun Kunyit ( tak der pun tak per )
Daun Kesum ( Wajib ada ni )
Bunga Kantan ( eksesori jer.. ada lagi sedap tak de pun tak per ada sesetengah orang lebih suka meletakkan timun @ timur air terpulang pada selera masing2)
Garam ( ikut rasa )
Sedikit Minyak ( untuk menumis )
Air ( ikut suka anda )
mula-mula tumbuk cili api bersama kunyit hidup.. tumbuk sampai lumat tau.. selepas itu tuangkan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan tempoyak berserta cili api+kunyit hidup tadi. Tempoyak mengikut selera masing-masing *pssst.. lagi banyak lagi sedap tau.. Tumis sehingga nampak garing ( macamana nak citer yerk.. nampak tempoyak tu seolah-olah jadi kenyal.. lebih kurang gitu lah ). Kemudian masukkan air.. sebolehnya air tidaklah terlalu banyak bimbang kuah akan jadi terlalu cair.. agak-agak ikan boleh tenggelam sudah.. Selepas tu anda boleh masukkan apa saja bahan yang masih tertinggal bubuh semua sekaligus tak per termasuk ikan tapi bagi saya, saya lebih suka masukkan ikan kemudian setelah air menggelegak sebabnya saya tak suka ikan di masak terlalu lama kerana takut ikan akan jadi hancur.. tak hilang selera nak makan.. tunggu laa sampai masak.. sebelum tu rasa lah kuah dulu.. kot2 laa kurang masam.. kurang masin.. boleh tambah garam.. kurang masam boleh masukkan asam keping dalam sekeping dua mengikut citarasa kemasaman anda... dah siap boleh lah di hidangkan bersama nasi panasa... nyumm..nyum..nyum.. kecur air liur weiii....
*sedikit tips.. Untuk menghilangkan rasa hanyir dan bau lumpur ikan.. selepas ikan di bilas.. anda boleh gunakan perahan limau nipis ataupun limau kasturi.. lumurkan keseluruh bahagian ikan.. kemudian perapkan seketika.. jangan lama sangat nanti isi ikan masak plak.. lepas tu bilas dengan air, Insyallah bau hanyir dan rasa lumpur akan hilang.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan