Terima Kasih Kepada Semua Sahabat Yang Sudi Melawat Blog Saya Yang Tidak Seberapa Ini .. Sedikit Sebanyak Kita Berkongsi Ilmu.. Mudah-mudahan Diberkati Ilahi.. Selamat Mencuba

Khamis, 13 Jun 2013

Kek Coklat Moist


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum... 

Cak !.. semua, malam ni tak tahu mood tu datang dari mana tetiba jer terajin lah pulak nak menaip berkongsi resepi dengan kawan-kawan semua. Pernah jugak saya menerima tempahan, selalunya dari kawan-kawan yang terdekat dengan saya terutama teman sepejabat dengan saya suatu ketika dahulu....  



Baru angkat ni.. sebelum di topengkan..


Hasilnya setelah di bedah.. huhu comey tak ??
 
yang ini untuk makan sendiri sebenarnya. bukan untuk tempahan.

Alhamdulillah... ini lah di namakan rezeki, sedikit sebanyak dapat jugak lah untuk menambah pendapatan. Walaupun tak seberapa.. lepas untuk belanja sendiri.  


Touch Up sket... 


snap gambar dulu sebelum di hantar... (gatai...huhuhu)



Ok lah saya tak nak berceloteh panjang.. bagi mereka yang ingin mencubanya.. apa kata kita lihat resepi di bawah. Selamat Mencuba.....


KEK COKLAT MOIST

BAHAN-BAHAN


BAHAN A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B

3 biji telur Gred A
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(Ayak bahan-bahan bertanda*)

UNTUK TOPPING

sekeping coklatmasak
1/2 cawan susu cair
1 sdb butter/marjerin/cocobutter

(satukan semua didalam periuk,masak atas api perlahan hingga larut....Biar sejuk dan bleh dicurahkan atas kek yang telah sejuk)


CARA MEMBUATNYA

Satukan kesemua BAHAN A di dalam periuk,masak di atas api kecil,kacau hingga sebati,sejukkan
Pukul telur hingga kembang,masukkan BAHAN A tadi,pukul sebati
Masukkan bahan-bahan bertanda*,pukul lagi dengan speed perlahan sehingga sebati
Gris loyang dengan mentega/marjerin,tuang adunan ke dalam loyang
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana
dah tutup


1 ulasan :

Ain Fajar berkata...

Salam kenalan kembali..dr fb k laman blog..lbh senang utk rujukan sndr n kwn2 lain...xde lah nk taip byk kali d fb kan.
meh la k blog sy jg..tqvm.